Hi readers! *
kalau ada yg baca laa ~.~" *
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa si
100+ buat blog ne kan? . Actually aku memang ada blog.Lamaaaaaaaa sudah saya blogging. Tapi
private yang superb punyaaa! Ada security guard kalau mau masuk. So, janganlah kamu mau mimpi dapat masuk k? Itulah jawapan kepada persoalan yang murah tersebut *
murah kew?*
Aku hari ne mau blog pasal Sem 1 yang sudah tamatttt di kolej aku. Batch saya laa, Cohort 04. *
itupun tau sebab nampak di cover buku English Studies jaa*
Saya akan rahsiakan di mana kolej saya atau apa nama dia, atau kita boleh panggil dia sebagai
'Babun'. Kenapa Babun? Sebab parents saya yang decide kasih masuk saya dalam sana. Saya tiada impian pun mau jadi ______ ! Yang sangat-sangat! Impianku yang indah telah dihancurkan oleh parents sendiri.Sekarang baru saya tertanya-tanya, apalah guna kita kena tanya "
Bila besar mw jadi apa? :)" dan kita jawab ramai-ramai dalam kelas dengan muka yang TER-sangatlah innocent : "
Pulis!!!". Sekarang juga laa saya rasa bodoh sebab cakap begitu time kicik. So, yang tau di mana kolej saya atau apa nama dia yang kamu panggil tuuuu, diam-diam jaa k? Please?
:3 *
trollface*
First time saya apply online tu benda pun, sebab parents. Everything is linked to my parents. Cisss. Apakah tiada keadilan dan saksama sudah dalam dunia yang sandi ini?! Tiapa. Everything happened for a reason. *
kalau reason nda bagus awas kw sana =.="* .Few weeks later after the interview session, suddenly saya dapat offer dari tu kolej tengah-tengah malam time online. Sanalah parents saya sibuk masuk bilik tanya-tanya. Saya gembira dan excited time tu pun bukannya pasal apa. Sebab itu first time saya terima offer dari kolej sedemikian rupa... *fml t(-.-)t* . Which means, saya happy bukannya sebab saya dapat offer dari kolej tu, tapi sebab saya first time trima offer! Get what I'm talkin' abouttt? :'( . Ne la kalau jajal betul sampai post di FB. Bikin malu jaa.
And then, saya pun masuk laaah mendaftar di kolej tuu. Memang hari tu saya fullblast marah dengan parents saya. Bising dalam kereta dan di luar dewan pendaftaran :
- "Aku ndamau masuk sini bah!!! FAHAM KAHHH?!"
- "Kenapa SINI?! Hishhh!"
- "Aku mau rasa susah di UiTM bah! Barulah aku faham erti kesusahan hidup dan kamu boleh nampak kematangan aku! *sambil mata bersinar2 mcm Shin Chan merayu Mama dia kasih beli Cokobi*" <-- *part paling bodoh yang aku rasa nda logik langsung pun -.-"*
Trus Mama aku pun tengok sekeliling. Terlihatlah wajah-wajah yang baru di sana berpakaian serba putihhh. Rasa macam aku Angel pla time tuu. Sudahlah aku cerah... berbaju putih lagi tu *prasan* . Awkward gilaaa rasanya bjalan-jalan depan muka baru. Sudahlah style jalan aku cam robot. Babun laa yang tersangattt.
Mama : "
Cuba kau tengok budak-budak tuu.. kesiaaaannn durang dari jauh angkat beg durang. Ada yang orang susah lagi"
Aku : "
Behhh ~.~" <-- HAHA. Kurang ajar. Gara-gara nda puas hati jaa
Tapi sebenarnya aku rasa sedih juga tengok budak-budak dari jauh sanggup angkat beg gara-gara mau masuk kolej ne jaa. Jadi aku diam jaa laa time tu. Nda merungut sudah. Kononnya laa.
Masuk dewan jaa, terus mendaftar di semua kaunter. Macam tengah main board game laa pla. Ada kaunter-kaunter dia lagi -.- . RM 5++ wokeyyy yuran dia. Berbaloi laa juga. Mungkin tu kolej mau kasih makan aku nasi selama 5 tahun berturut-turut di sana. *Tahniah atas keprihatinan anda*
Let's jump. Habis mendafter ajer, I pon masuk ler bilik I. I dapat rumet yang satu skolah dgn I dulu. Itupun sebab request. BAHAHA. Terima kasih daun keladi laa kepada bapa aku yang tersayang dan bapa rumet aku tu. *
nama rumet dirahsiakan* . First time masuk bilik kami yang bernombor 206, kami berasa amat bangga sebab pemandangan bilik tersebut amat indahhh! *
sindiran tidak menjadi*. Wahhh. Terasa macam mau tinggal di sana 5 tahun straight jaa oh. Oleh kerana terlalu sayang, aku dan rumet aku pun 'kotorkan' (
kata lawannya) bilik tu demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat... :)
Hasilnya...
Minggu Orientasi memang menyusahkan. Tapi kami untunggg. Sebab
4 hari jaa orientasi.
BAHAHA. Best juga laa walau malu-malu mau bertegur sapa dengan muka baru-baru. Siapa laa ba juga yang nda malu kan? *trollface* . Sepanjang minggu orientasi tuu, memang penat gila laa. Nda payahlah mau crita di sini. Kenangan itu terlalu indah untuk dikisahkan di sini. Sana laa juga aku dapat nama
'100 Plus' gara-gara sakit perut tengah-tengah malam. Senior yang akhirnya cuba menjadi hero sanggup turun ke 7-11 di Damai telah membelikan aku sebotol besar 100+ . Sejukkk lagi tuu minuman. Besttttt ~.~
Tapi dia tuntut balik duit RM 4.50 tu! Cisss! =.=" . Bilang malam tu "
Nda payahlah bayar" . Dia announce pla nama aku di dewan. Dengan cara yang terhormat :-
Senior : "
Mana si 100 Plus tu?? Dia belum bayar hutang lagi tu"
Juniors : *
bising-bising pasal siapa lelaki malang bernama 100 Plus =.="*
Note : Time tu aku tiada di dewan. SAKIT. HAHAHA. Bikin maluuuuuu .Endingnya, aku bayar juga dia guna 5 ringgit. Tapi dia cuba jadi humble. So dia bagi balik baki. Tapi aku cuba jadi lebih humble dari dia. Aku bilang "
Keep the change" . Wahhh. Style orang kaya. Padahal 50 sen pun nda mampu bayar. Last-last kami jadi jujur, dia bagi balik baki aku, aku cakap terima kasih. Bukan '
Arigatogozaimas' ahh.
Enough with
Orientation Week. To me, it's more to
Minggu Memalukan Diri Dengan Muka Yang Pucat Sambil Memegang Tin Minuman 100 Plus Yang Sejuk.
List kelas-kelas sudah keluarrrr :) . Kami pun berebut-rebut tengok list macam budak sekolah tahun 6 tu berebut tengok result exam di billboard. Terkenang masa lalu :') . Aku dapat kelas nombor 2. Aku pun nda faham apa tujuan hidup aku sebenarnya time tu.Apa tu kelas nombor 2? Makanan kah? *
ecehh. tiba-tiba pla* .
Kami pun masuk kelassss. Dengan muka yang gumbiraaa sebab
'Minggu Memalukan Diri....' sudah tamat kan. Kiranya kami graduate laa konon. Sebab last day tu, kami kena suruh umban topi style orang graduate tu. Astagaaa. HAHA :D
Dalam kelas, kami belum kenal muka masing-masing. Masih dalam proses yang aku panggil 'malu tapi mahu' . Booo! Proses apa tuuu? Macam taii ja. HAHA. Since kami baru, lecturer time bulan pertama tu jarang masuk. Kami pun tertanya-tanya bentuk fizikal lecturer kami camana. Adakah dia berbentuk segi empat? Atau triangle? Sehh. Kenapa English ne titiba? Spoilll.
Memandangkan teda lecturer, kami pun buka laptop dan buat keja sendiri jaa laa. Macam loser yang tiada kehidupan. Sesat di tengah jalan. Haha. Kenangan manis la kononnya. Skali, bulan kedua... baru ramai lecturer yang masuk kelas. Semua pun minta kami kenalkan diri. Macam Darjah 1 laa pula.
Lecturer :
Okay, introduce me your name and describe yourself :)"
Hi. My name is Jason Montana and I'm from Kota Belud, I got A+ for my _____ and my hobby is singing, dancing and laughing. I decided to be in this place because of my parents. They forced me, so I havtaa" <-- accent UK yang sangat tidak menjadi.
Okayyyy, awkward. Entah apa yang aku merepek time tu. Sangat
emotional to the intelligence. But atleast,
I DID INTRODUCED MYSELF kan? =.="
Starting from that moment, kami semua makin rapat. Makin kenal eachother. Tambahan lagiii Sem 1 ne, semua lecturer required us to do assignments in groupwork. So, lain lecturer, lain group. Kinda annoying, especially orang dalam group yang goyang kaki jaa. Sorry, but it's for the truth. And the truth always hurt, generally speaking *
my ass!* .
Aku selalu bernasib baik sebab TER-kena group yang buat kerja. Nama-nama tidak akan disebut bagi mengelakkan kontroversi. HAHA. Mari kita namakan dioranggg. Jyeahhhh >:D .
So, aku slalu dapat group
'Buat Kerja' *
sendiri kasih nama* . Jadi aku nda risau kalau ada assignment skalipun sebab kami kan group 'Buat Kerja' . *
yaa. kalau kau masih nda faham, kau mimang budu :|*
Eventho, dekat-dekat penghujung Sem, lappy aku ada rosak-rosak gara-gara virussss, motherboard laa, hapa laa. Jadi sanalah start malas mw buat assignment. Saya mau buat assignment di lappy sendiri baa. Malas mau pinjam orang punya lappy. Macam diorang namau kasih pinjam jaa. Main game ja lebih. Haha :p
#terasekew? . For that, I would personally apologize to my group kalau saya ada bikin kamu fikir yang saya ne pemalas. Kamu faham juga kan? Huhu. But whatever, benda sudah terjadi. Let's not look at the past :)
Yang penting, Sem ne kira macam honeymoon laa buat kami. Ala-ala Form 4 time di highschool yang rileks-rileks goyang kaki. Time Form 5 baru kelam-kabut mau study. Masuk elaun stiap bulan jaa, ini lah yang kami buat :-
- Sewa kereta
- Makan grand-grand
- Beli baju baru, seluarrr, tali pinggang, segala keperluan yang sepatutnya disumbangkan ke Haiti
- Karamel Almondo *sila Google*
- FOS *cutenya baju diaaa! :3*
- Movie 2-3 kali
- Kedai Mamak
Ending dia, kami makan megi selepas sehari membelanjakan elaunnnn. Yeayyy! :D . Now this is what you called as teenage life. *
ayat menyedapkan hati sebab tiada duit*
Kadang-kadang, kami sanggup jalan kaki jauh-jauh gara-gara mau buat 'jackass' *
sila Google* . HAHA. Besttt. Tapi penat lahh. *
bodoh. ada kah yang nda penat?*
Di samping itu, *
macam karangan BM* . Kami selalu juga joging di Taman Rimba. Boleh kata, hampir setiap hari. Demi menjaga kesihatan :) *
konon* . Banyak tangga di kolej kami. Besttt! Hari-hari mendaki. Nda penat langsung! :D *
fake kan. HAHA*
Sem 1 ne juga lahh. Aku tiba-tiba murah hati mau tolong manusia 26 orang dalam kelas salurkan makanan yang aku bagi nama :
NASI PAKEJ - Murah, Sedap & Berpatutan!
Hari-hari bangun awal korbankan masa tidur yang lena gara-gara mau ambil tapau-tapau untuk dijual kepada classmates yang kelaparan macam di Haiti. Bukan apaaa. Kafe kami tu teruk tul. Teda rasa Nasi Goreng Pattaya dia! Macam batu kering jaa kena gigit. Oleh kerana wujudnya complain, lahirlah era baru Nasi Pakej. Besttt jual-jual ne :) . Ramai pelanggan setia aku. Bahaha. Tapi ramai juga yang nda bersyukur aku bawakan untuk durang.
Fikir senang kah hahhhh bangun awal pagi angkatkan tapau berat-berat pergi kelas?! Nasib isi dia nasi. Kalau batu, entahlah =.=" .
Walau bagaimanapun, thanks a lot for those whose nonstop supporting me in my Nasi Pakej career! Jangan risau! Musim kedua Nasi Pakej akan bersiaran secara langsung di kolej yang sama next Sem! Haha. Pastikan anda dapat satu, jangan ketinggalan! Siapa cepat, dia dapat. Wahhh. Memang blog ne dilahirkan untuk promote. Sandi.
So, that's it. Memang cerita aku
merepek di sini. But, whatever. Saya bosan bahhh. That's why rasa macam mau blogging. Yang membaca tu, terima kasih lah. Silalah komen-komen di bawah ini. Jangan segan silu. Nanti aku bagi flying kiss :3
Bye Sem 1 ! :')Labels: college life stupid babun merepek entah lah sial hahaha